Friday, August 31, 2001

Isu Black Metal sekarang sedang hangat diperkatakan sejak ia disensasikan oleh media. Antara isu yang dikaitkan dengan muzik Black Metal ialah ia seperti satu golongan manusia yang menyembah syaitan dan menghina agama.

Black Metal secara dasarnya disensasikan sebagai satu entiti ajaran sesat. Ianya dikatakan mempunyai ajaran tertentu, mempunyai ketua dan mereka semua menyembah syaitan. Benarkah begitu?

1. Pertama sekali, perlu ditanya, apakah itu Black Metal? Adakah ianya muzik ataupun fahaman agama? Kalau ianya satu ajaran agama, apakah ajaran-ajarannya? Kitab mana menjadi sumbernya? Siapakah tokoh ajarannya? Dan bagaimanakah cara ritualnya?

Jika ianya satu muzik, apakah bentuk muziknya? Siapakah pelopornya?

Yang boleh dijawab sudah tentu jika ianya muzik. Kita tahu secara amnya, muzik Black Metal itu dengan bunyian gitar dan paluan drum yang keras. Dan juga boleh disimpulkan yang muzik Black Metal dipelopor oleh Venom melalui album yang bertajuk Black Metal. Kita dapat mensahihkan perkara ini kerana ianya muzik.

Tetapi jika kita mendefinasikan ianya sebagai ajaran, sila jawab soalan-soalan yang terpapar di atas. Jika ianya dianggap sebagai satu ajaran, sudah pasti tidak ada sumbernya yang sahih. Melainkan berkiblatkan ‘kepercayaan-kepercayaan’ (dipercayai) dan ‘perkataan-perkataan’ (dikatakan) media yang mensensasikan isu ini.

Jelasnya Black Metal adalah sekadar muzik yang ‘keras’ dan ‘bingit’. Liriknya bertemakan kegelapan, mistik dan tahyul. Eh, jangan terkejut ataupun, jangan buat-buat terkejut. Mengapa mesti terkejut? Bukankah mesej ini juga yang selama ini disensasikan oleh sebuah majalah tabloid sebelum ini? Cerita hantu kubur, hantu bungkus, manusia jadi batu, keramat dan dongeng.

Dan tidakkah dengan mensesasikan isu kegelapan, mistik dan tahyul Black Metal ini adalah selari dengan konsep majalah tersebut?

Mesej tentang kegelapan, mistik dan tahyul bukannya satu yang asing bagi masyarakat kita. Cerita dongeng dan cerita orang tua-tua pun kadang-kadang penuh dengan mesej tersebut. Contoh mudah; jika memasuki satu kawasan hutan, bukankah kita pernah disuruh untuk meminta izin dari hantu jembalang yang ‘dipercayai’ menghuni kawasan tersebut? Adakah ini Black Metal?

Begitu juga dengan filem-filem seram yang sekali tengok seolah-olah menyuruh kita mempercayai bahawa hantu syaitan itu berkuasa. Boleh membawa kebaikan atau mudarat. Bukankah ini satu yang berlawanan dengan akidah? Tidak payahlah saya menamakan filem-filem tersebut kerana bukankah kita juga yang menontonnya? Adakah ini juga Black Metal?

Beza antara medium yang disebutkan tadi; cerita-cerita, filem-filem dan muzik adalah kita sendiri! Ianya hanya sekadar cerita, filem dan muzik.

Persamaanya adalah mesej yang disampaikan. Sedangkan mediumnya berbeza. Tetapi matlamatnya tetap sama. Entertainment.

Jika seseorang itu menyembah syaitan, minum darah kambing dan memijak al-Quran, maka ini bukan muzik. Ini ajaran sesat!!!

Muzik dan ajaran sesat. Dua perkara yang berbeza. Ajaran sesat, benar begitu tetapi bukannya ajaran muzik (Black Metal).

2. Kebanyakan dari muzik moden yang dicelup dari Barat memang ‘tidak sesuai’ dengan masyarakat kita. Tetapi apabila ianya dipersembahkan oleh segolongan dari kita sendiri ianya telah disesuaikan dengan jatidiri.

Muzik rap dan hip hop mengidolakan gangsterisme dan seks bebas di Barat. Tetapi adakah ianya benar di sini? Sudah tentu tidak. Pemuzik-pemuzik rap dan hip hop tempatan telah membawakan mesej-mesej yang bersesuaian dengan keadaan tempatan. Begitu juga dengan muzik Black Metal, ianya telah disesuaikan dengan keadaan tempatan.

Jika di Barat Black Metal dipelopori oleh mereka yang tidak beragama, di sini ia tidak begitu.

Band Black Metal tempatan yang dikenali ramai membawa mesej-mesej ketimuran, dongeng Melayu, anti-peperangan bahkan pro-Palestin. Jika muzik berat sebegini mempunyai mesej positif, adakah ianya boleh dikategorikan sebagai nasyid? Jika tidak, mengapa cabang muzik rap, hip-hop pula boleh diterima?

Betulkah begitu keadaanya di negara kita? Benar. Jika anda sendiri yang menyelidikinya dan tidak bergantung kepada sensasi media, pasti anda akan menemuinya begitu.

Lagi satu, bukan semua muzik keras itu Black Metal. Baru-baru ini sebuah gig (konsert mini) di Kuala Lumpur telah diserbu atas sebab ‘disyaki’ menganjurkan konsert Black Metal. Untuk pengetahuan anda, konsert itu tidak ada satu pun band Black Metal. Konsert tersebut ialah konsert Hardcore dan Metalcore. Ada beza.

Atau, adakah anda memang tidak menyukai muzik keras sebegini? Kalau anda membencinya disebabkan ia tidak sesuai dengan citarasa anda, tidak bermakna muzik ini perlu dihukum. Muzik juga seperti teknologi, ia sentiasa berkembang.

Dunia muzik ini luas. Mungkin 10 tahun akan datang, penulis sendiri tidak akan dapat menghayati muzik yang wujud ketika itu, tetapi ketika itu penulis tidak mahu menghukum mereka semata-mata kerana penulis tidak memahami muzik tersebut.

Penulis bukanlah penyokong tegar muzik Black Metal tetapi penulis adalah peminat muzik Metal yang telah lama mendengar muzik sebegini. Dan salah satu cabang Metal ialah Black Metal sendiri.

Tujuan artikel ini ditulis adalah semata-mata mahukan kebenaran. Pada sesetengah pihak, terutamanya golongan berumur lebih 40an, mereka menyangkakan Metal itulah Black Metal dan Black Metal itulah Metal.

Kita boleh tanya, apakah bezanya Black Metal dengan Thrash Metal? Apakah bezanya Heavy Metal dengan Speed Metal?

Akibatnya nanti, mereka yang tidak bersalah juga dicop sebagai pengikut “ajaran” Black Metal. Sedangkan berpakaian serba hitam, rambut agak panjang dan memakai t shirt dengan gambaran band yang diminati itu adalah imej kebanyakan peminat Metal. Jika mereka ditahan kerana ‘disyaki’ pengikut “ajaran” Black Metal, tidakkah huru hara jadinya nanti?

Ni aku dapat dari pihak nebiula...cuba korang fikir sape salah...lebih baik dengar pendapat orang metal daripada dengar cakap media yang hanya tahu cari maklumat tapi tak tahu betul salah...korang baca dan fikir sendiri...pada sesiapa yang ada maklumat menyatakan black metal tak salah rajinlah hantar kat laman web ni,...
bersama kita perjuangkan black metal...

Salam,
Jika anda ada membeli The Star (19 Julai 2001) dan Mingguan Malaysia (22
Julai 2001), Jaie dan kawan-kawan ada membuat ulasan tentang perkara ini. Dan pada 25 Julai ini pula, reporter dari The New Straits Time akan adakan interview dengan mereka.

Pada pendapat kami, isu ini sengaja diperbesarkan oleh orang akhbar dari paper Harian Metro sebagai pelaris jualan. Pokok yang nak disampaikan ialah pasal ajaran sesat dan bukannya muzik metal. Jadi, kenapa isu muzik metal pula yang menjadi perbualan hangat? Kalau nak diikutkan, semua lirik apa jua lagu dari barat memang tak bermoral langsung. Tapi bila dah di"Malaysia"kan, lirik akan menjadi lebih "sopan". Jadi, kenapa pula pemuzik tempatan yang jadi mangsa hentaman media? Ini telah menjejaskan maruah dan reputasi mereka. Bagi paper Harian Metro pula, mereka telah terang-terangan mengeluarkan satu kenyataan palsu berunsurkan fitnah ke atas pemuzik tempatan (pasal gig di Sabah pada awal Julai lalu yang sebenarnya telah dibatalkan). Mereka ini tidak ada kesedaran walau sedikitpun untuk mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada band-band yang dituduh di atas ulasan yang tidak tepat itu. Malah, mereka semakin celupar dan ghairah membuat ulasan berkenaan muzik metal dan melupakan isu utamanya iaitu ajaran sesat.

Sedangkan muzik metal merupakan satu cabang kecil yang menjadi penyebab keruntuhan moral remaja. Antara sebab-sebab lain ialah ibubapa yang tidak ada bakat menjadi "parents", jiran dan masyarakat yang lebih suka mengumpat dari membantu, orang-orang atasan yang mengaku menjadi wakil kepada masyarakat tapi tidak peka mengenai masalah sosial di tempatnya dan sifat menteri-menteri yang "dah terantuk baru terngadah". Tapi mereka semua ini tidak akan mengaku kesalahan sendiri dan mencari satu benda lain pula untuk dipersalahkan. Sesuatu perkara itu jika telah dipolitikkan, beginilah jadinya.

Perlu diingatkan bahawa beza antara bebudak sesat akhlak dengan pendengar muzik metal yang lain ialah OTAKnya. Ada berapa ribu peminat metal di Malaysia ni dan adakah mereka ini juga dianggap terpesong aqidah? Sedangkan suatu ketika dulu berapa ramai orang dewasa dan tua berjaya disesatkan oleh tarekat ajaran sesat, inikan pula remaja yang masih mentah tentang kehidupan.

Memang perlu ajaran sesat ni dihapuskan sampai ke akar umbinya dan yang patut dibelasah ialah ketuanya yang menjadi dalang penubuhannya. Secara logiknya, seseorang itu tak akan terpesong aqidah semata-mata dengan mendengar muzik metal saja jika tidak kerana "kepala penyamun"nya yang menghasut dan memberi tunjuk ajar kepada remaja terbabit. Dan percayalah ketua mereka ini terdiri daripada bekas anak murid ajaran sesat yang pernah popular di sekitar tahun 80an dulu. Mereka bukan peminat metal tetapi menggunakan muzik metal sebagai umpan untuk menarik minat remaja.

Kesimpulannya di sini, jadikan akal yang diberi sebagai penapis untuk
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tak salah untuk berhibur tapi jangan lupa asal-usul dan masyarakat sekeliling.

Nebiula Production


Harap korang paham apa itu sebenarnya black metal....

ISU BLACK METAL

Di malam tahun baru peminat genre muzik metal di serbu polis. Sehari selepas itu satu sidang akhbar dibuat bagi mempertahankan apa yang mereka dakwa sebagai penggemar muzik blackmetal dan langsung tiada kaitan dengan satanism. 'Itu dah lari tune!' Dakwa salah seorang drpd mereka. Lantaran itu polis dikatakan salah serbu dan wartawan silap lapur.

Blackmetal sebenarnya merupakan salah satu genre metal yang terbahagi kepada death, heavy metal, speed, thrash dan grind. Apa yang menjadi kekeliruan semua pihak adalah "kumpulan ajaran sesat" yang mendakwa ahli blackmetal ini menjadikan muzik blackmetal ini sebagai asas untuk pergerakaan mereka yang sama sekali bertentangan dengan ISLAM dengan mengaku menyembah syaitan dan meminum darah kambing sebagai upacara rutin demi membuktikan "ketaatan" mereka kepada syaitan.

Aku malas nak ulas panjang tetapi mengatakan orang lain 'PARANOID' itu keterlaluan! Cuma aku berharap kalau tahun 2005 dikatakan 'Tahun Sumpahan Alam' tahun 2006 ini tidak menjadi tahun paranoid dek sumpahan Besi Hitam! Atau mungkin di tahun 2006 ini kita perlu lebih radikal untuk survive

Black Metal Will Never die!!!

Tuesday, July 18, 2000

 

blogger templates | Make Money Online