Friday, August 31, 2001
PERNYATAAN SEBENAR DARI NEBIULA PRODUCTION...BLACK METAL MEMBER WAJIB BACA NI....
Posted by bayangankelam at 11:56 AMNi aku dapat dari pihak nebiula...cuba korang fikir sape salah...lebih baik dengar pendapat orang metal daripada dengar cakap media yang hanya tahu cari maklumat tapi tak tahu betul salah...korang baca dan fikir sendiri...pada sesiapa yang ada maklumat menyatakan black metal tak salah rajinlah hantar kat laman web ni,...
bersama kita perjuangkan black metal...
Salam,
Jika anda ada membeli The Star (19 Julai 2001) dan Mingguan
Julai 2001), Jaie dan kawan-kawan ada membuat ulasan tentang perkara ini. Dan pada 25 Julai ini pula, reporter dari The New Straits Time akan adakan interview dengan mereka.
Pada pendapat kami, isu ini sengaja diperbesarkan oleh orang akhbar dari paper Harian Metro sebagai pelaris jualan. Pokok yang nak disampaikan ialah pasal ajaran sesat dan bukannya muzik metal. Jadi, kenapa isu muzik metal pula yang menjadi perbualan hangat? Kalau nak diikutkan, semua lirik apa jua lagu dari barat memang tak bermoral langsung. Tapi bila dah di"
Sedangkan muzik metal merupakan satu cabang kecil yang menjadi penyebab keruntuhan moral remaja. Antara sebab-sebab lain ialah ibubapa yang tidak ada bakat menjadi "parents", jiran dan masyarakat yang lebih suka mengumpat dari membantu, orang-orang atasan yang mengaku menjadi wakil kepada masyarakat tapi tidak peka mengenai masalah sosial di tempatnya dan sifat menteri-menteri yang "dah terantuk baru terngadah". Tapi mereka semua ini tidak akan mengaku kesalahan sendiri dan mencari satu benda lain pula untuk dipersalahkan. Sesuatu perkara itu jika telah dipolitikkan, beginilah jadinya.
Perlu diingatkan bahawa beza antara bebudak sesat akhlak dengan pendengar muzik metal yang lain ialah OTAKnya.
Memang perlu ajaran sesat ni dihapuskan sampai ke akar umbinya dan yang patut dibelasah ialah ketuanya yang menjadi dalang penubuhannya. Secara logiknya, seseorang itu tak akan terpesong aqidah semata-mata dengan mendengar muzik metal saja jika tidak kerana "kepala penyamun"nya yang menghasut dan memberi tunjuk ajar kepada remaja terbabit. Dan percayalah ketua mereka ini terdiri daripada bekas anak murid ajaran sesat yang pernah popular di sekitar tahun 80an dulu. Mereka bukan peminat metal tetapi menggunakan muzik metal sebagai umpan untuk menarik minat remaja.
Kesimpulannya di sini, jadikan akal yang diberi sebagai penapis untuk
membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tak salah untuk berhibur tapi jangan lupa asal-usul dan masyarakat sekeliling.
Nebiula Production
Harap korang paham apa itu sebenarnya black metal....
Labels: Untuk Peminat Sejati Black Metal

0 comments:
Post a Comment